Persoalan
Hidup tak selalu gembira , ada juga duka Cinta tak selalu bahagia namun tetap suka Kawan tak selalu ada tapi tetap tidak lupa Manusia tak selalu setia tapi belajar untuk terima . Hidup satu perjalanan yang perlu kau tempuh bak peperangan . Jiwa kau harus keras , kuat , dan kental . Ramai jenis manusia kau boleh sifatkan . Ada yang kau boleh terima jadi kawan atau jadi lawan . Setiap langkah ada strategi . Strategi aku adalah selalu berserah . Mungkin dari silap aku , dan tuhan cuba membimbing aku . Jiwa aku beronta menyoalkan kenapa dia berkelakuan begitu ? mungkin perlu perhatian aku , dia berkelakuan begitu mungkin baru mahu mengenal apa erti kematangan itu ? dia berkelakuan begitu mungkin belum cukup waras sifatnya dari aku ? Aku sebagai mangsa perlu sabar terima apa itu . Aku juga sedar aku bukan tuhan boleh menghukum dia itu siapa layaknya apa . Tapi aku juga mempunyai sifat ingin tahu kenapa dia bertindak begitu . Walau hati berontak meminta tapi aku yakin tuhan...