Dewasa
Kita semakin dewasa semakin kenal apa makna dewasa.
Makin kita kenal makin kita sakit dan belajar.
Aku dan kita saling kenal, mungkin kawan, mungkin sahabat atau ia sekadar perkenalan.
Dulu mungkin aku kenal kau siapa. Tapi mungkin bukan ketika kita dua dewasa.
Tingkah laku kita tak sama macam dulu. Banyak berubah, dan banyak juga yang mengubah.
Setiap antara kita punya pilihan untuk memilih.
Dan aku di sini lebih memilih untuk memerhati. Memerhati siapa pilihannya antara kita dan mereka.
Andai aku pilihan kau, tanpa ragu aku sambut kedatangan kau.
Dan andai kata antara mereka pilihan kau, aku faham dan aku mengerti. Memilih seseorang berdasarkan keselesaan diri. Dan antara mereka buat kau selesa.
Iya aku sedikit kecewa, tapi bukan juga satu kesalahan kau.
Aku sendiri sedar, mungkin aku tak dapat memberi keselesaan berkawan itu pada kau ketika dewasa ini.
Kerana itu juga pilihan aku hanya memerhati.
Aku tak nak nampak aku beria, aku tak nak nampak aku memaksa. Aku ingin nampak keselesaan persabahatan itu ada dalam jiwa kita berdua.
-izzatiazahr-