Peduli sama hati sendiri
Hi
Assalamualaikum monoluge malam,
Hari demi hari, aku mula perasan aku dah boleh perlahan-lahan mengabaikan perasaan yang satu tu. Tidak juga cakap aku melupakan. Tapi aku cuba untuk tidak terlalu tertumpu pada perasaan tu. Aku belajar menerima hakikat bahawa apa yang aku minta pada Allah kini telah perlahan-lahan Dia tunjukan jalan. Meski kadang terdetik rasa rindu menghantui. Menyesak dada kerap kali. Terdetik apa kelakuannya kini. Tapi aku masih mampu bertahan dan terus bertahan mungkin sehingga aku lelah dengan perasaan sendiri. Apa itu dikira aku egois ?
Jawapannya entah.
Mungkin aku terlalu berhati-hati bila bicara soal hati. Hakikatnya aku mula serik, aku pernah begitu terbuka dalam memberi peluang dan ruang pada orang. Tapi semuanya pada orang yang salah. Hahaha (ketawa pada diri sendiri) Kini, pada aku tiada seorang pun boleh menyakinkan aku yang dia hanya tercipta untuk aku, sedangkan aku sendiri pun masih menanti-nanti jawapan pada soalan soalan itu. Samada dia tepat waktunya atau sekadar penyinggahan dalam perjalanannya? Ye, kita sama sama tiada jawapan untuk soalan itu.
Kerana itu lah kini aku lebih mementingkan hati aku sendiri. Bukan kata aku tidak peduli, Cuma pura-pura tidak peduli. Bukan kata aku melupakan, cuma sekadar satu penipuan di khalayak ramai. Sebabnya aku jadi tidak gemar andai dia tahu aku begitu pedulikannya.
Ye aku egois kali.
-izzatiazahr-